Thursday, November 19, 2009

Tuan Haji Ali (Impian Jaya 7)

SSI menganjurkan Solat Hajat, bacaan Yasin dan tahlil serta doa selamat khusus untuk Tuan Haji Ali dari Jalan Impian Jaya 7 yang kini dimasukkan dalam Hospital Putrajaya.

Menurut anaknya, Tn Hj Ali mengadu sakit kepala yang amat dan bila diadukan kepada pihak doktor dimaklumkan bahawa ianya adalah antara kesan sampingan pengambilan ubat sakit jantung beliau.

Implikasi negatif ubat tersebut memang tidak dapat dielakkan dan Tn Hj disaran agar diwadkan sementara kesan sampingan yang amat tidak menyelesakan itu berkurangan.

Beliau kini berada di wad 4A Hospital Putrajaya.

Semua warga SSI mendoakan agar beliau cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Allah swt ini.

Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: