Sunday, November 25, 2007

Qurban & Aqiqah 1428

Harga penyertaan untuk ibadat qurban & aqiqah pada tahun ini telah ditetapkan pada RM350 sebahagian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
1. En Zamzuri Hj Said 0192622148
2. En Abdul Halim Ibrahim 0193164382
3. Hj Thamby Sudeen 0193109908

Saturday, November 10, 2007

Jamuan Hari Raya Impian Jaya

Persatuan Penduduk Taman Impian Jaya telah menganjurkan jamuan aidilfitri bertempat di padang Impian Jaya 8. Walaupun hujan telah turun dengan lebatnya apabila acara dimulakan pada lebihkurang 2petang, ianya tidak melemahkan semangat para penduduk untuk menjayakan majlis berbentuk kejiranan ini.

Berbagai hidangan telah disediakan termasuk lebih kurang 2ribu cucuk sate, rending, lemang, nasi himpit dsbnya. Pihak Surau mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpian AJK persatuan penduduk yang diketuai oleh pengerusinya, YBhg Dato Hj Zakaria.

Thursday, November 08, 2007

Jemputan Hari Raya Penduduk Impian Jaya

Pihak Surau menerima jemputan dari Persatuan Penduduk Taman Impian Jaya yang akan menganjurkan jamuan AidilFitri pada hari Sabtu 10 November ini di padang Impian Jaya. Marilah kita bersama-sama meraikan majlis ini.

Bila Hujan Lebat....

Lapuran ini ingin berkongsi keadaan yang dialami Surau terutamanya ketika hujan teramat lebat seperti yang berlaku pada hari ini, Khamis 8 November 2007.






Setiap kali hujan turun dengan lebat, kawasan serambi, anjung surau, termasuk kawasan menuju ke tempat wuduk & sekitarnya akan dengan mudah digenangi air.




Salah seorang petugas surau, terutamanya Saudara Umar, akan bertungkus lumus meredakan keadaan dengan penyodok airnya.




Apabila penulis bertanya kepada Tuan Pengerusi Surau, Tuan Haji Kamali, beliau menerangkan bahawa rakan arkitek surau telah dihubungi bagi membuat lakaran awal bagi merekabentuk "awning" buat memayungi kawasan anjung surau bagi mengatasi keadaan ini.



Ini hanya merupakan langkah awal sebelum anggaran kos dapat dibuat dan tindakan selanjutnya seperti pengumpulan dana dsb akan menyusul.

Jadual Kuliah NOVEMBER 2007

Sila Klik ke atas imej utk "zoom" ke jadual pengajian:

Sunday, November 04, 2007

Solat Jumaat 2 Nov 07

Kutipan Solat Jumaat berjumlah RM1,391.